Skip to main content

jom klik

Kebaikan Dan Kelebihan Memelihara Kucing

Kebaikan Dan Kelebihan Memelihara Kucing
Mungkin kita semua tidak menyedari banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membela dan menyayangi kucing. 
Kebaikannya adalah:


Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular  daripada mereka yang mempunyai  kucing.  Ini bermakna risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung adalah sangat rendah.
2. Meningkatkan fungsi  sistem imun (Daya Tahan Penyakit)
Membela  kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan  sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.
3. Mencegah alergi
Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing.  Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang mengatakan bayi yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan daripada berlaku.
4. Membantu mencegah asma pada anak
Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.
Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap  kucing dapat membantu  menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.
6. Menurunkan kolestrol
Berdasarkan kajian  pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.
Prospek mempunyai strok adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan strok, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat strok.
8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas

Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga  binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stress. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.
Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan peliharaan boleh membantu memperbaiki mood anda termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.
Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autisme.
11. Mengurangkan Kesepian
Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.
Kesimpulan
Walaubagaimanapun sekiranya anda mahu memelihara haiwan peliharaan,anda dinasihatkan betul-betul menjaga kebersihan diri dan haiwan peliharaan anda kerana kuman sangat mudah menjangkiti sekiranya terdedah kepada kekotoran. Sekiranya anda mahu memberikan haiwan peliharaan anda makanan tambahan,pastikan terlebih dahulu anda mendapatkan nasihat daripada pakar atau veterinar.

Comments

jom sokong dan share

Popular posts from this blog

Cara Mudah Merawat Selesma Kucing

MERAWAT SELSEMA KUCING SECARA MUDAH DI RUMAH.           Mempunyai kucing yang sakit di rumah tidak bagus dan merisaukan kerana terdapat risiko berjangkit kepada kucing lain serta risiko berlaku jangkitan kuman yang merbahaya kepada kucing itu sendiri. Jika kucing menghidap sakit seperti selsema, anda mahu kucing anda sihat semula secepat mungkin.           A nda boleh melakukan penjagaan yang mudah dilakukan di rumah bagi membantu proses penyembuhan kucing lebih cepat. Apa yang lebih menarik adalah, bahan-bahan yang diperlukan mungkin anda sendiri sedang gunakan dan telah tersedia di rumah anda.            Lebih cepat anda mulakan rawatan, lebih pantas masa yang diambil utuk kucing sembuh dan dapat mengelakkan selsema berjangkit kepada kucing peliharaan anda yang lain. Merawat Selsema Kucing: Rawatan Mudah di Rumah 1. Supplemen Supplimen seperti vitamin C dan multivitamin juga berguna buat kucing...

CARA MUDAH ATASI MASALAH KUTU PADA KUCING...

Penyebab dan Cara Menghilangkan Kutu Kucing Secara Cepat Alami Tradisional Cara menghilangkan kutu kucing secara tradisional Alami Dirumah Merupakan salah satu Perawatan Kucing yang selalu diidam idamkan oleh pecinta Kucing. Hal ini selau dicari karena Kalai ini berhasil Maka ada Potensi keberhasilan cara menghilangkan kutu kucing pada manusia Baik Hanya Memakai Minyak Telon, Minyak Kayu Putih, Lemon, Maupun Obat Obat Alami Tradisional Lainya. Biasanya Masalah Kutu Kucing Itu Menyerang Hampir Semua Jenis Ras kucing Baik itu  Anggora Cat  ,  Kucing Persia ,  Kucing Maine Coon ,  Kucing Kampung  Dan Semua Jenis Kucing Yang ada Di Bumi Selama Masih Memiliki Bulu ( Berarti  Kucing Tanpa Bulu  Jarang Sekali ada Kutu Ya ). Ctenocephalides adalah nama latin untuk kutu yang merupakan sejenis serangga.Kutu akan menyerang hewan kesayangan anda dan juga manusia lewat gigitannya di kulit.Kulit yang terkena gigitan kutu akan lecet tapi tidak akan meny...

TIPS MUDAH MANDIKAN KUCING...

TIPS @ TEKNIK MUDAH MANDIKAN KUCING😅. Memandikan kucing adalah sesuatu yang paling sukar dilakukan. Ye la…kucing kan takut air, kalau korang dapat kucing yang tak takut air tu memang beruntung la, takde la payah sangat nak mandikan diorang ni. Tapi kalau dah takut sangat ni la yang payah sikit. Kene banyak bersabar. Kebanyakkan kucing akan meronta-ronta untuk mengelak daripada dirinya dibasahkan. Disini kami ingin kongsikan bagaimana untuk memandikan kucing yang takut pada air ini… Pertama sekali, dapatkan syampu kucing. Ia boleh didapati dalam jenis cecair ataupun serbuk kering. Syampu jenis kering tidak memerlukan air untuk membersihkan kucing, cuma berus je. Apabila memandikan kucing buat kali pertama jangan jadikannya pengalaman yang paling teruk bagi kucing korang, kalau tak nanti kucing tu akan takut mandi seumur hidup…LOL. Mandikan kucing korang secara perlahan-lahan supaya anda tidak mencederakannya. Memandikan kucing yang takut air boleh meninggalkan kesan...