Skip to main content

jom klik

Cara Mudah Merawat Selesma Kucing

MERAWAT SELSEMA KUCING SECARA MUDAH DI RUMAH.
          Mempunyai kucing yang sakit di rumah tidak bagus dan merisaukan kerana terdapat risiko berjangkit kepada kucing lain serta risiko berlaku jangkitan kuman yang merbahaya kepada kucing itu sendiri. Jika kucing menghidap sakit seperti selsema, anda mahu kucing anda sihat semula secepat mungkin.
          Anda boleh melakukan penjagaan yang mudah dilakukan di rumah bagi membantu proses penyembuhan kucing lebih cepat. Apa yang lebih menarik adalah, bahan-bahan yang diperlukan mungkin anda sendiri sedang gunakan dan telah tersedia di rumah anda.
          Lebih cepat anda mulakan rawatan, lebih pantas masa yang diambil utuk kucing sembuh dan dapat mengelakkan selsema berjangkit kepada kucing peliharaan anda yang lain.


Merawat Selsema Kucing: Rawatan Mudah di Rumah

1. Supplemen

Supplimen seperti vitamin C dan multivitamin juga berguna buat kucing anda melawan selsema dari dalam. Pemberian viamin dapat membantu meningkatkan immuniti dan keupayaan melawan penyakit.
Immuniti yang lebih baik akan membantu proses penyembuhan berlaku dengan lebih cepat.
Cara-caranya: Boleh berikan pil secara manual menggunakan tangan. Hancurkan pil dengan air dan gunakan picagari untuk suap masuk ke dalam mulut atau gunakan jenis picagari khas untuk suap ubat pil ke dalam mulut kucing.Boleh juga cuba sorokkan di dalam makanan basah dan berikan kucing makan. Tetapi, sesetengah kucing tidak akan tertipu kerana terdapat bau yang asing. Berikan vitamin 1-2 kali sehari sehingga kucing sembuh.


2. Cuka Epal

Cuka epal juga dapat bantu merawat selsema kucing.
Caranya: Masukkan 1 sudu kecil cuka epal ke dalam makanan atau minuman kucing anda. Lakukan                   2 kali sehari sehingga kucing sembuh. 
Oleh kerana kucing mempunyai deria bau yang sangat tajam, bau cuka epal tersebut mungkin tidak digemari kucing anda. Menyebabkan kucing anda tidak mahu menyentuh langsung makanan dan minumannya. Cara lain beri sahaja menggunakan picagari terus ke dalam mulut kucing anda. Boleh juga ditambah sedikit air untuk memudahkan kerja anda.

3. Asid Amino (Lysine)
Lysine adalah sejenis asid amino yang penting untuk manusia dan juga kucing. Amino asid berfungsi membina protein di dalam sel-sel badan manusia, dan membantu memperlahankan atau memberhentikan virus daripada terus membiak/berkembang.Protein ini ibaratnya seperti benteng petahanan, menahan dan menyekat serangan virus di dalam badan kita. Main bola pun kena ada sistem pertahanan, badan kita juga ada benteng dan sistem pertahanan.Oleh itu, pemberian asid amino kepada kucing dapat membantu merawat selsema kucing.
Bagaimana:Berikan 200 ke 500 gram lysine sehari sekali kepada kucing sehingga kucing sembuh. Lysine boleh didapati secara mudah dari farmasi berhampiran juga boleh dibeli secara online.

4. Sauna untuk Kucing

Sauna juga bagus dilakukan kepada kucing yang sedang selsema kerana wap/steam yang terhasil akan membantu melancarkan semula saluran hidung dan pernafasan yang tersumbat.Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan sauna untuk kucing ini. Kita akan gunakan bilik mandi sebagai tempat sauna.

Cara pertama:
Buka air shower pada suhu yang panas selama beberapa minit untuk menjadikan bilik air anda dipenuhi steam. Masukkan kucing anda di dalam sangkar atau carrier dan masukkan ke dalam bilik air yang dipenuhi steam tadi selama 10 hingga 15 minit. Ulang 2 ke 3 kali sehari sehingga kucing sembuh
Cara kedua:
Masukkan air panas ke dalam baldi dan letak di dalam bilik air. Anda boleh menggunakan bilik air atau ruang yang lebih kecil untuk memaksimumkan penggunanan wap air panas di dalam baldi tersebut. Masukkan kucing anda di dalam sangkar atau carrier dan masukkan ke dalam ruang tersebut selama 10 hingga 15 minit. Ulang 2 ke 3 kali sehari sehingga kucing sembuh
Cara ketiga:
Anda juga boleh gunakan dehumidifier/vaporiser sebagai sumber steam buat kucing anda. Bukan sahaja sesuai untuk kegunaan manusia, kucing pun boleh guna juga dehumidifier ini. Letakkan dehumidifier di hadapan carrier dan gunakan pada level low atau mediumJika anda gunakan sangkar yang lebih besar, boleh letakkan tuala atau kain di sekeliling sangkar. Jika kucing anda menjadi sangat manja ataupun kelihatan stres semasa melakukan sauna ini, tidak salah untuk manusia kegemarannya, iaitu anda, untuk menikmati sauna bersama-sama.

5. Hangatkan Kucing

Memastikan kucing berada dalam keadaan panas dan hangat juga akan meletakkan kucing dalam susana yang panas dan selesa semasa di dalam proses penyembuhan selain membantu kucing melawan selsemanya. Sudah seperti melayan anak kecil pula kan.
Cara mudah:
Ambil heating pad/bantal panas (yang sambung pada elektrik untuk panaskan itu). Panaskan sehingga suhu suam. Balutkan dengan selimut dan letakkan berhampiran dengan kucing anda supaya mereka boleh gunakan untuk memanaskan badan mereka. Lakukan setiap hari sehingga kucing beransur sembuh. Jika anda tiada heating pad, anda boleh gantikan dengan menggunakan botol air yang diisi dengan air panas. Cuma pantau dan pastikan suhu tidak terlalu panas untuk kucing. Melecur pula perut dan tapak kakinya.

6. Vicks Vapor Rub

Yang ini saya pasti anda ada di rumah. Paling tidak pun biasa menggunakannya semasa batuk dan selsema. Memang melegakan. 
Vicks ini juga boleh digunakan pada kucing untuk merawat selsema kucing. Penggunaan Vicks Vapor Rub membantu mengembalikan pernafasan yang lancar dan memudahkan kucing bernafas kerana kandungan menthol di dalamnya.
Caranya mudah sahaja:
Letakkan vicks pada cotton bud.
Calitkan pada misai kucing dan sedikit di  bahagian hujung hidung kucing.
Gunakan 1 hingga 2 kali sehari semasa kucing anda menghidap selsema.

7. Pantau Makan Minum Kucing

Sudah menjadi kebiasaan semasa kucing selsema, selera makannya akan berkurang.
Kenapa?
Hidung kucing telah tersumbat akibat selsema meyebabkan kucing hilang deria bau buat sementara waktu. Jadi, makanan yang biasa itu tidak lagi berbau menarik padanya. Begitu juga dengan air.
Kucing juga akan kurang minum air pada waktu ini. Salah satunya puncanya mungkin kerana kucing mahu tidur sahaja dan tidak mahu bergerak ke mana-mana.
Sudah sakit, tidak makan tidak minum, bagaimana mahu sihat. Tenaga daripada yang diperlukan untuk melawan penyakit tiada. 
Sebab itu kena pantau makan minum kucing dengan lebih tajam pada waktu ini. 
Untuk periksa samada kucing kekurangan (dehydrate) atau tidak, anda boleh pegang/cubit bahagian belakang tengkuk kucing selama beberapa saat. Kemudian, lepaskannya.
Jika kulit kembali kepada asal sejurus selepas dilepaskan, kucing anda mendapat air yang cukup. Jika mengambil masa untuk pulih semula kucing anda kekurangan air dan anda perlu pastikan kucing minum air. 
Nak tarik kucing makan dan minum pada waktu ini boleh berikan makanan basah yang mempunyai bau yang lebih kuat, beri makanan kegemarannya, panaskan sedikit makanan basah untuk mengeluarkan baunya, ayam rebus, ikan rebus, air rebusan dan sebagainya.
Boleh juga berikan sedikit madu, air glukose, air gula, atau yogurt untuk menaikkan selera makan dan tenaga kucing. 
Yang penting, kucing perlu makan, minum dan kekal terhidrat.

8. Bersihkan Kucing

Kucing haiwan yang mengambil berat pada kebersihan dirinya.
Tetapi semasa kucing sakit dan selsema, anda mungkin perlu membersihkan beberapa bahagian badannya seperti sekitar kawasan mata dan hidung yang lebih sukar untuk dicapai. 
Gunakan kain lembap dan air suam untuk lap dan bersihkan kawasan mata dan hidung kucing daripada kesan-kesan tinggalan hingus yang cair atau yang sudah mengeras. Ia akan membantu kucing bernafas dengan lebih baik.

Penyembuhan yang Cepat adalah Keutamaan

Dalam keadaan kucing yang selsema, anda mahukan kucing anda sihat dalam masa yang terdekat. Oleh itu, pantau kucing anda dari segi perangai, simtom-simtom, dan pemakan kucing anda bagi memastikan kucing anda mendapat peluang terbaik untuk sembuh semula.
Langkah-langkah merawat selsema kucing di rumah seperti yang dikongsikan di atas diharap dapat digunakan sebaiknya dan dikongsikan bersama.

Comments

jom sokong dan share

Popular posts from this blog

CARA MUDAH ATASI MASALAH KUTU PADA KUCING...

Penyebab dan Cara Menghilangkan Kutu Kucing Secara Cepat Alami Tradisional Cara menghilangkan kutu kucing secara tradisional Alami Dirumah Merupakan salah satu Perawatan Kucing yang selalu diidam idamkan oleh pecinta Kucing. Hal ini selau dicari karena Kalai ini berhasil Maka ada Potensi keberhasilan cara menghilangkan kutu kucing pada manusia Baik Hanya Memakai Minyak Telon, Minyak Kayu Putih, Lemon, Maupun Obat Obat Alami Tradisional Lainya. Biasanya Masalah Kutu Kucing Itu Menyerang Hampir Semua Jenis Ras kucing Baik itu  Anggora Cat  ,  Kucing Persia ,  Kucing Maine Coon ,  Kucing Kampung  Dan Semua Jenis Kucing Yang ada Di Bumi Selama Masih Memiliki Bulu ( Berarti  Kucing Tanpa Bulu  Jarang Sekali ada Kutu Ya ). Ctenocephalides adalah nama latin untuk kutu yang merupakan sejenis serangga.Kutu akan menyerang hewan kesayangan anda dan juga manusia lewat gigitannya di kulit.Kulit yang terkena gigitan kutu akan lecet tapi tidak akan menyebabkan infeksi.Namun lain halnya jika

Kenali Bahasa Isyarat Pergerakkan Ekor Kucing Anda

Bahasa isyarat ekor kucing Kucing menggunakan ekor sebagai salah satu alat komunikasi menunjukkan emosi bukan sahaja kepada kucing yang lain tetapi juga kepada kita.  Berikut ialah beberapa posisi pergerakan ekor kucing dan maksudnya yang kita boleh kenal. 1 )   Ekor yang melengkung ke bawah dan kemudiannya melengkung di hujung ekor seperti  huruf  'S' terbalik Maksudnya : Berada dalam keadaan rileks dan selesa 2)  Ekor yang melengkung lembut ke bawah tetapi sedikit terangkat Maksudnya  : Mula menunjukkan minat terhadap sesuatu 3)  Ekor melengkung ringan hala ke atas dan hujung nya bengkok sedikit ke hadapan ataupun ke belakang Maksudnya  : amat berminat dan menjadi peramah (friendly)  4)  Ekor dan hujung ekor lurus ke atas Maksudnya  : dalam keadaan ceria dan menyapa mesra (cheerful greeting) 5)  Ekor lurus ke atas tetapi dihujung ekor ada sedikit pergerakan  menggigil Maksudnya  : menunjukkan kemesraan dan kasih sayang 6)  Ekor tidak bergera