Bahasa isyarat ekor kucing
Kucing menggunakan ekor sebagai salah satu alat komunikasi menunjukkan emosi bukan sahaja kepada kucing yang lain tetapi juga kepada kita. Berikut ialah beberapa posisi pergerakan ekor kucing dan maksudnya yang kita boleh kenal.
1) Ekor yang melengkung ke bawah dan kemudiannya melengkung di hujung ekor seperti huruf 'S' terbalik
Maksudnya: Berada dalam keadaan rileks dan selesa
2) Ekor yang melengkung lembut ke bawah tetapi sedikit terangkat
Maksudnya : Mula menunjukkan minat terhadap sesuatu
3) Ekor melengkung ringan hala ke atas dan hujung nya bengkok sedikit ke hadapan ataupun ke belakang
Maksudnya : amat berminat dan menjadi peramah (friendly)
4) Ekor dan hujung ekor lurus ke atas
Maksudnya : dalam keadaan ceria dan menyapa mesra (cheerful greeting)
5) Ekor lurus ke atas tetapi dihujung ekor ada sedikit pergerakan menggigil
Maksudnya : menunjukkan kemesraan dan kasih sayang
6) Ekor tidak bergerak tetapi hujung ekor berkotak katik (twitching)
Maksudnya : sedikit menjengkelkan / bengang (slightly irritated)
7) Ekor tidak bergerak tetapi hujung ekor berkotak katik dengan laju
Maksudnya : lazimnya kucing sedang rasa amat jengkel/bengang tetapi ada jugakucing yang menunjukkan reaksi ini bermaksud amat gembira
8) Kesemua bahagian ekor baik di pangkal mahupun di hujung bergerak ke kiri dan kanan dengan laju
Maksudnya : Marah
9) Ekor lurus ke atas dan berbulu kembang
Maksudnya : Agresif
10) Ekor bengkok ke atas dan mengembang
Maksudnya : bersedia untuk menyerang jika di hasut atau usik (provoked)
11) Ekor diturunkan ke bawah dan bulu agak menguncup
Maksudnya : takut
12) Ekor ke atas dan agak kembang (big tail)
Maksudnya : mungkin ingin bermain dan berlari /mengejar
13) Ekor dan belakang badan turun ke bawah hingga ekor kadang kala berada
di celah dua belah kaki belakangMaksudnya : tewas atau sedang sakit
14) Ekor bengkok ke bawah diikuti dengan badan yang merendah
Maksudnya : bersedia untuk disetubuhi.. (rogol? hahaha)
kesemua ini adalah utk kucing yg berekor panjang..kalau yang ekornya kontot sedang dalam kajian tetapi ada persamaannya
Comments
Post a Comment