6 Tip Penjagaan Bulu Kucing
1.Bulu Cantik Bermula Daripada Kulit Cantik
Tak kiralah kucing anda baka apa sekali pun, untuk dapatkan bulu yang cantik dan sihat, DIET dan nutisi yang sihat adalah sangat penting. Makanan premium yang ada Omega 3 misalnya boleh membantu hasilkan kulit yang sihat, dan semestinya bulu yang kuat dan bersinar.
2. Kulit Bebas Parasit (Kutu/Cacing)😄😄😄
Nak bulu cantik juga kena pastikan kucing kita bebas parasit luar dan dalam badan. Kutu badan diluar menyebabkan bulu dan kulit tidak sihat dan bulu senang gugur. Cacing di dalam usus yg banyak juga menganggu nutrisi yg diserap badan, jadi kulit dan bulu akan kusam dan kering. Buat pemeriksaan parasit dengan Vet korang, dan pastikan kucing anda dilindungi dengan Combo Anti-Parasit (kutu, telur kutu, cacing, kutu telinga, heartworm, hama).
3. Sikat dan Berus (Grooming)
Kerapkan sikat dan berus kucing anda setiap hari atau sekurangnya 3x seminggu. Sikat untuk elakkan bulu bergumpal, berus untuk bersihkan dasar kulit dari kulit mati dan bantu peredaran darah untuk kulit yg sihat. Pastikan bulu disikat dahulu, buang gumpalan sebelum mandikan mereka. Gumpalan bulu yang basah sangat susah nak disikat dan dileraikan.
4. Shampu dan Perapi

Mandikan kucing sekurangnya sekali seminggu, untuk bersihkan permukaan kulit dan bulu. Gunakan shampu yang khas untuk kucing, bukan shampu manusia kerana kandngan ph yang berbeza menyebabkan kulit kucing jadi kering, naik radang atau allergy. Gunakan shampu dan perapi khas bagi kucing untuk:
- -Melembutkan bulu dari akar dan kulit
- -Kekalkan & menaikkan warna bulu
- -Bulu lebih bersinar dan licin
- -Selamat untuk anak-anak kucing di bawah 4 bulan
- -Shampoo yg boleh bantu merawat masalah kulit fungus, kudis dan jangkitan bakteria
- -Shampoo dgn perapi 2 in 1, daripada bahan natural yg selamat untuk kucing.
Tips mandian terbaik pula pastikan korang bilas bersih bulu kucing selepas shampu, kerana saki baki shampoo/sabun di badan yang tidak bersih boleh kusamkan bulu mereka dan menyebabkan gatal/allergy
5. Finishing Spray
Spray pewangi selalunya diberikan last sekali sebelum blow kering kucing korang. Berfungsi untuk jadikan bulu lebih licin berkilat dan juga wangi!
Untuk ubat kutu kak bell gunakan brand Frontline Spot On atau Advantage Cat. Ubat kutu ni ikut kesesuaian pada kucing korang lah. Selain tu, kak bell gunakan Salmon Oil dari Ocean Kiss. Pakailah mana2 produk pun asalkan baik untuk kucing korang.
6. Bawa jumpa doktor haiwan untuk pemeriksaan lanjut
Sama seperti anda perlu pergi berjumpa doktor untuk rawatan atau sebarang pemeriksaan bagi memastikan diri sihat, lakukan perkara yang sama pada haiwan kesayangan anda. Bawa jumpa doktor haiwan untuk pemeriksaan lanjutan. Oleh kerana haiwan peliharaan ini tidak boleh bercakap, kadang-kadang ia memerlukan orang untuk mengetahui jika ia dalam keadaan baik atau sebaliknya.
Comments
Post a Comment