Kebaikan Dan Kelebihan Memelihara Kucing
Mungkin kita semua tidak menyedari banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membela dan menyayangi kucing. Kebaikannya adalah:
Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular daripada mereka yang mempunyai kucing. Ini bermakna risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung adalah sangat rendah.
2. Meningkatkan fungsi sistem imun (Daya Tahan Penyakit)
Membela kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.
3. Mencegah alergi
Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing. Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang mengatakan bayi yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan daripada berlaku.
4. Membantu mencegah asma pada anak
Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.
Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap kucing dapat membantu menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.
6. Menurunkan kolestrol
Berdasarkan kajian pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.
Prospek mempunyai strok adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan strok, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat strok.
8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas
Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stress. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.
Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan peliharaan boleh membantu memperbaiki mood anda termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.
Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autisme.
11. Mengurangkan Kesepian
Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.
Kesimpulan
Walaubagaimanapun sekiranya anda mahu memelihara haiwan peliharaan,anda dinasihatkan betul-betul menjaga kebersihan diri dan haiwan peliharaan anda kerana kuman sangat mudah menjangkiti sekiranya terdedah kepada kekotoran. Sekiranya anda mahu memberikan haiwan peliharaan anda makanan tambahan,pastikan terlebih dahulu anda mendapatkan nasihat daripada pakar atau veterinar.
Comments
Post a Comment